Program Sumbangan Hamper Makanan (Kemas)
8 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2018, pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengadakan ProgramSumbangan Hamper Makanan kepada penduduk Kampung Paya Jakas di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Paya Jakas. Program ini adalah bertujuan memberi sumbangan kepada penduduk Kampung Paya Jakas yang kurang berkemampuan. Dengan adanya sumbangan ini ia dapat mengurangkan beban mereka untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Program ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang dengan dihadiri seramai 20 orang perserta termasuk pegawai (KEMAS) dan JKKK Paya Jakas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: